Wednesday, April 21, 2010

300++ tip muslimah cemerlang dunia & akhirat (MAJALAH NUR)

Muslimah…engkau hamba Allah, engkau anak, engkau ibu, engkau isteri, engkau menantu, engkau mertua, engkau pekerja, engkau majikan, engkau ahli masyarakat! Terlalu banyak peranan mu. Sudah tentu juga banyak pahala yang menanti mu. Semoga tip di bawah dapat sama-sama membantu dan mengingatkan kita para Muslimah mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
Engkau sebagai hamba allah

1. Menunaikan solat lima waktu tepat pada waktunya kerana ia adalah tiang agama. Tidak sempurna iman seseorang tanpa sempurna solatnya.
2. Lebih afdal solat di rumah terutama di kamar. Memanfaatkan waktu untuk ibadat terutamanya pada malam hari yang penuh ketenangan.
3. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan.
4. Berusaha melakukan solat dengan penuh khusyuk. Salah satu caranya dengan memahami ayat Al-Quran yang kita baca.
5. Sentiasa menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita.
6. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.
7. Banyak membaca Al-Quran dan berzikir untuk mencari ketenangan nan berpanjangan.
8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut.
9. Menjaga makan dan minum serta memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat.
10. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya.
11. Pada minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita. Kenangkan kembali dosa-dosa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah- olah tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepada-Nya.
12. Jangan sesekali melakukan syirik kecil seperti riak.
13. Menjalin hubungan yang baik dengan Allah.
14. Menjalin hubungan yang baik dengan manusia.
15. Jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun.
16. Ikhlas bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah dan banyakkan berselawat, percaya dan yakin atas semua yang disampaikan Rasulullah.
17. Mempunyai keperibadian yang dibentuk oleh al-Quran dan sunah.
18. Menghindari kehidupan jahiliah.
19. Mengehadkan dirinya pada sumber pemikiran murni.
20. Hanya bersahabat dengan wanita yang baik.
21. Boleh menjadi contoh bagi wanita lainnya dan sentiasa bersyukur.
22. Menghormati para ulama dan mujahid.
23. Iffah – mengawal diri daripada menuruti hawa nafsu.
24. Menjaga diri daripada tingkah laku tidak senonoh.
25. Tabah menghadapi segala dugaan dan musibah yang menimpa.
26. Memelihara diri daripada segala yang dilarang agama.
27. Malu dalam segala perkara batil.
28. Berbuat baik kepada anak yatim dan orang miskin.
29. Memberi salam kepada orang lain, menziarahi orang sakit.
30. Bersabar dengan kerenah orang lain dan elakkan sikap pemarah.
31. Ikhlas dan reda menerima keputusan Allah setelah berusaha dan bertawakal.
32. Bersederhana dalam berbicara, berpakaian dan tidak bersikap zuhud (berlebihan mengenai dunia) sehingga melupakan akhirat.
33. Menjaga kesempurnaan amal perbuatan
34. Menjadi insan yang mudah memaafkan dan menjauhi sifat tercela.
35. Jangan jadi orang yang pemalas dalam pekerjaan mahupun beribadat.
36. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
37. Suka menghasut sebaliknya perlu sentiasa berbaik sangka.
38. Sentiasa bermuhasabah, sikap menyedari diri dan usah mudah berputus asa.
39. Elakkan rasa takabbur dan jangan melakukan sesuatu untuk mendapat kepujian.

No comments:

Post a Comment